Sekapur Sirih

A bilingual blogger who won 2 awards with Simpur(DST), Best Local Scene 2006 Award & Bruneian Blog of The Year 2008 for his local humour blog, Kurapak.

Since then he has tadded his blog genre to Food, Travel & Living, and are now booming on Instagram and becomes one of the most influential man in Brunei .

His passion is into traveling & as of now, he have explored more than 20 countries but more into backpacking & adventure

Tan Sri Tony Fernandes Lancar Autobiografi

Written by Haadi Bakar on . Posted in Events, Kurapak & Co.

Kuala Lumpur, Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes telah melancarkan autobiografinya yang memaparkan kisah perjalanannya dalam industri muzik hingga ke industri penerbangan.

Autobiografi beliau yang bertajuk Flying High: My Story From AirAsia to QPR telah dilancarkan pada Ahad lalu di dalam satu majlis gala di Marini’s On 57 di Kuala Lumpur, berlatarkan Menara Berkembar Petronas.

Flying High memaparkan kisah perjalanan kehidupan Tan Sri Tony Fernandes daripada seorang remaja yang membesar di Malaysia dan seorang pelajar yang bercita-cita tinggi di luar negara, hingga beliau bekerja di syarikat Warner Music dan akhirnya menjadi pengasas AirAsia – semuanya diceritakan dengan pelbagai kenangan peribadi.

Autobiografi ini berkisarkan beliau sebagai seorang pemimpin perniagaan yang luar biasa yang mengasaskan syarikat penerbangan tambang rendah Asia pertama, seterusnya mendemokrasikan perjalanan udara dan menjadikan AirAsia sebuah syarikat yang menjana keuntungan hingga berbillion ringgit.

“Flying High menceritakan tentang kekuatan impian. Apabila saya dan Datuk Kamarudin memulakan AirAsia, kami mendapat pelbagai tentangan. Mereka berkata impian kami tidak akan tercapai dan bayangkan jika kami mengalah, sudah tentunya buku ini tidak akan terhasil,” kata Tan Sri Tony Fernandes di sidang media semasa upacara pelancaran bukunya.

“Buku ini adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan, dan saya harap ia akan menggalakkan orang ramai untuk mengejar impian mereka. Percaya kepada cita-cita anda dan jangan sesekali mengalah. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya, sekurang-kurangnya anda telah mencuba dan teruskan usaha kerana hanya anda yang boleh menentukan kisah hidup sendiri,” tambah beliau.

Flying High yang berharga RM86.95 (termasuk GST) kini boleh didapati di semua kedai buku utama di Malaysia, serta boleh di pra-tempah dan didapati di bigdutyfree.com dan juga dalam pesawat AirAsia bermula 6 November 2017.

Ketahuilah apa yang mendorong Tan Sri Tony Fernandes untuk mencapai cita-citanya dan detik-detik yang memberi inspirasi kepadanya, termasuklah pertemuan dengan pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson yang akhirnya membuka peluang kepada kerjaya pertama beliau selepas tamat universiti.

Pelancaran autobiografi Flying High dihadiri oleh Pengasas Bersama AirAsia dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kamarudin Meranun; Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Malaysia, Dato’ Fam Lee Ee; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand, Tassapon Bijleveld; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan; dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Amar Abrol.

Hari Kebangsaan Republic of China(Taiwan) yang ke-106

Written by kurapak on . Posted in Kurapak & Co., Travel & Living

Assalamualaikum tuang-tuang dan puang-puang, here are some pictures that i took masa trip ku sariatu ke Taiwan untuk mewitness sendiri sambutan Hari Kebangsaan Republic of China(Taiwan) yang ke 106. Sambutan yang begitu gemuruh ani diawali dengan meet and greet kami media dari bermacam-macam negara bersama President Taiwan, Tsai Ing-we.

Walaupun hari atu cuacanya panas tapi inda kerasahan, pasal parade nya siuk brabis, very kalerful and persembahan setiap persatuan was very energetic yang di gambungkan dangan bunyi drum synchorize with cara bisdia marching dari awal sampai habis.

Akhir kata, aku ingin mengucapkan skali lagi to Republic of China(Taiwan) setinggi-tinggi tahniah for their 106th national day dan thanks also to Taipei Economic & Cultural Office in Brunei for sending me to your beautiful country.


Permulaan parade

Rumah President of Republic of China(Taiwan)

Perbarisan penceragam sebelum bisdia start bemain band

Salah sorang journalist luar negeri, Marc Sprenger from Belgium


Para-para journalist antara bangsa

President Taiwan, Tsai Ing-we membari speech








Majlis Perasmian Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

Written by aliqpombunai on . Posted in Kurapak & Co.

Semalam, telah berlangsung peristiwa gilang gemilang di Bandar Seri Begawan, yang mana perasmian jambatan baru ‘Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha’ sudahpun di buka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun Baginda menaiki takhta.

Keadaan dibandar semalam atu pack berabis, we decied to park our car di Balkony, Qlap. Dari sana kami ambil perahu tambang turun di Jeti 5, Sungai Kebun. dengan cas $4 sekepala. Kan turunn di Yayasan, full sudah urang bedudukan di tambing. Nasib jua ada plan B. Dengan ani jua, tercatat satu lagi tanda sejarah yang akan menjadi ristaan serta buah mulut sampai ke anak cucu kitani nanti.

@Aliqpombunai signing out!

Fitness Zone Blood Donation Drive.

Written by aliqpombunai on . Posted in Kurapak & Co.

Wu Chun, our famous international artist, and also the Managing Director of Fitness Zone pun ikut men derma darah during the event kelemarin. Next to him yang baju merah atu, anak nya sendiri, NeiNei namanya, also pelakon jua macam babahnya.

Well done to Fitness Zone Brunei kerana mengungkayahkan(organised) the Blood Donation Drive. Event ani telah pun di support sendiri oleh our famous international artist, who is also the Managing Director of Fitness Zone, Wu Chun.  And FYI jua, if kamu kan tau, si Wu Chun punya Bday is on the 10/10…so by doing this jua katanya salad satu cara untuk ia celebrate birthday nya.

Event ani jua mendapat support dari Jerudong Park Medical Centre (JPMC), dan jua di sertai oleh staff-staff Fitness Zone and orang-orang kitani yang sporting macam kediaku.

Wu Chun(C), in a group photo with JPMC Staff selepas selasai menderma darah.

Wawancara Exclusive With Nini si Man

Written by aliqpombunai on . Posted in Kurapak & Co.

Asalamualaikum yoww!!!

“Daulaaaaattttt!!”
“Siuk Man Siuk Man”
“Ani Midia”

Familiar kah words di atas atu? ada yang start bekirik sudah ni, tau ku tuu.
Akhirnya ada jua masa untuk mengupdate blog Kurapak ani walaupun busy…tapi sebanaranya inda busy. ok, straight forward saja ku ah…kediaku ani kan blogging pasal video yang viral baru-baru ani, ehhh…yang sempena jubli emas Kebawah Duli Baginda Sultan hari khamis lapas. Sudah setentunya confirm ramai yang tau ada satu video yang tespread via social media yang ada nini beterais dengan panuh patriotik “DAAAUUULAAAAAAATTTTTT”.

Apa yang manis nya lagi, video nya atu kana tambah lagi sabtaital(subtitle). Kami dari team Kurapak & co pun terhibur ulih video yang kana viralkan atu. Dengan inisiatif kami sendiri, kami pun buat announcement lah arah facebook…ramai ni orang kilala kan suara di sebalik video yang merakam event atu. Last-last belurih kami Tuan punya badan yang besuara ala ala Whitney Houston dangan high tone atu. Macam biasalah, merisik dulu, kami bagi ia surprise call…sekali di jawabnya and tarus di approve nya request kami kan nginterview kedia.

Hjh Ajijah Hj Momin, Umurnya dalam 60 labih tahun sudah, Alhamdulillah…iatah urang yang kami cari-cari sebatah ani. Ia ani bukan calang-calang jua urangnya, pemes jua…Pengangun bui, kalau kan membook kedidia bisai ni…jgn watir, kalau kamu pemalu, ia bulih mbuka tirai untuk becerita and bekurapak jua. Dalam interview ani, kami berkesempatan betanya and jua bertukar or bershare pengalaman manis nya, yang mana ia pernah meliat sendiri HM di puspakan dalam tahun 1968 and jua ia pernah menghadiri Jubli Perak Baginda Sultan 25 tahun yang lalu(1992).

Disini jua kediaku kan mengshare gambar-gambar behind the scene kami sama nini Si Man. Semoga Terhibur!! Buat Bu Hjh Ajijah, Terima kasih sekali lagi, semoga sihat tubuh badan…minta maaf kami, ariatu masa kami kan interview kedidia, terpaksa ia ke emergency dulu besiruk ampus…tapi untuk inda menghampakan kami, disuruh nya jua kami datang. Bah eh, malas ku bekurapak panjang…kamu liat saja video di atas atu.

Si Man pakai baju merah and nini nya Bu Ajah Ajijah di apit oleh midia, Alin and Aliq.

Disebalik tabir.

@aliqpombunai sigining out! Peace!!