RBAF Young Officer Half Marathon
Also present were the Services Commanders and Commandant of Training Institute RBAF, Directors and Officers from the Mindef and RBAF. During the event, commander of the RBAF also delivered his speech where he emphasized fitness as one of the important attributes the young officers must possessed.
BERAKAS, Sabtu 12 Mac 2011 – Pusat Kecergasan Optima Kementerian Pertahanan telah menganjurkan larian marathon bagi pegawai-pegawai muda lelaki dan wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Larian marathon bermula daripada perkhemahan Berakas hingga ke perkhemahan Muara yang meliputi jarak 21 km bagi pegawai-pegawai muda lelaki dan 15 km bagi pegawai-pegawai muda wanita.
Tujuan marathon ini diadakan adalah untuk memupuk kepentingan budaya kecergasan dikalangan para pegawai-pegawai muda dan juga kepada bakal-bakal pemimpin. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.
Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan IL ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB. Pemerintah ABDB telah menyampaikan ucapan dimana beliau menekankan bahawa kecergasan sebagai salah satu factor yang harus dimiliki oleh setiap pegawai-pegawai muda.
Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/rano365/public_html/ranoadidas3/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 405